Pages

Saturday, October 31, 2015

BAJET SELANGOR 2016 BAJET LOLIPOP


Sidang Dun Selangor


Shah Alam - Bajet kali ini lebih kepada lolipop, demikian reaksi Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan ketika mengulas berhubung Bajet 2016 Negeri Selangor yang dibentangkan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, semalam.

Menurutnya, dalam erti kata lain, ia umpama satu gula-gula yang diberi hari ini kepada rakyat, namun ia memudaratkan kesihatan pada masa akan datang.

“Kita lihat ada beberapa perkara yang dijanjikan, namun tahun 2017 nanti baru dilaksanakan.

“Kita sangsi tentang pelaksanaan tersebut, contohnya agihan bajet untuk golongan belia dan mereka yang berpendapatan pertengahan, ia tidak berapa diketengahkan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor berkata, agihannya juga tidak seimbang jika dibandingkan dengan sektor tertentu.

“Katakan, golongan belia ada 500,000, namun yang dapat barangkali dalam 500 hingga 1,000 orang sahaja.

“Begitu juga dalam aspek pendidikan untuk sekolah Tamil, cuma 500 orang saja yang dapat faedah...dalam perkara lain juga minima,” katanya.

Katanya, keseluruhan bajet yang dibentangkan tidak menyeluruh dan dapat menjangkau lebih banyak kepada rakyat di negeri ini.

“Contohnya, berhubung skim perumahan, pendapatan kerajaan RM48.1 peratus adalah terdiri daripada hasil premium tanah.

“Ini bukti kerajaan guna premium tanah untuk pendapatan, jadi bila ia berlaku kita lihat kesannya untuk stabilkan harga rumah di negeri ini adalah tinggi,” katanya.

Mat Nadzari berkata, jadi kena tengok balik adakah premium ini perlu setinggi itu penjanaannya.

“Sudahlah kita tak dapat kawal harga pasir, ini pula premium,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor