Pages

Saturday, October 31, 2015

ARUL UBAH 'FIKIRAN', SEDIA DEBAT TANPA SYARAT


Arul Kanda Kandasamy


Kuala Lumpur - Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda bersedia berdebat dengan ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua tanpa mengenakan sebarang syarat.

Katanya, mengenakan syarat pada Tony untuk meletak jawatan kerana ia memberi kesan pada konflik berkepentingan.

“Syaratnya sebelum ini adalah munasabah kerana Tony yang duduk dalam PAC adalah 'hakim' kepada siasatan 1MDB.

Sebelum ini, Arul mengenakan syarat di mana Tony meletakkan jawatan dalam PAC kerana khuatir ia akan menjejaskan integriti siasatan jawatankuasa itu dan mengelakkan sebarang pertembungan kepentingan diri.

"Saya sedia bertemu secara langsung Tony tanpa syarat sama ada dalam program bual bicara atau debat.

"RTM melalui menterinya sebelum ini setuju untuk menjadi hos kepada pertemuan kami, saya tertarik dengan pelawaan itu. Saya harap boleh berjumpa Tony (secara langsung) dalam tempoh terdekat ," katanya dalam sidang media di ibu negara sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor