Pages

Thursday, October 8, 2015

AKAN TIMBUL SATU LAGI PARTI BAHARU?


Nik Nazmi Nik Ahmad


Kuala Lumpu - Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan tidak mengetahui apa-apa tentang dakwaan ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin berhubung kewujudan gerakan dalam parti itu untuk menubuhkan parti baharu.

Menurutnya, semua ahli mendukung keputusan penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan baru-baru ini.

"(Parti baharu) yang itu saya tak tahu sebab setakat ini yang saya tahu semua orang komited dengan parti dan mendukung pengumuman penubuhan Pakatan Harapan oleh presiden PKR (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail).

"Sebagaimana presiden kata, kita buka pintu rundingan dengan Pas dan juga PSM...dengan parti-parti dari Sabah dan Sarawak apabila kita nak luaskan 'front' kita. Itu saya ingat prinsip yang kita semua terima," katanya kepada Sinar Online, selepas Forum Reformasi Perjuangan Diteruskan, di sini, malam tadi.

Memetik laporan Free Malaysia Today baru-baru ini, Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa telah mendapat maklumat daripada seseorang dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya bahawa kumpulan berkenaan telah hadir untuk mendaftarkan parti itu pada minggu lalu.

Chegubard turut mendakwa kemungkinan usaha terancang itu turut melibatkan sekutu lain parti pembangkang dan membayangkan Pas terlibat dalam usaha itu.

Namun Pas menafikan dakwaan tersebut. Sebelum itu, Chegubard juga mendakwa ada usaha mengguling Wan Azizah sebagai presiden parti.

Namun, menurut Nik Nazmi dakwaan tersebut tidak benar.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor