TERSEBAR hari ini di laman Facebook, video kejadian kemalangan melibatkan peserta lumba haram di Shah Alam Expressway (Lebuhraya Kesas).
Menerusi video yang dikongsikan, kira-kira enam buah motosikal kelihatan sedang berlumba di atas lebuhraya berkenaan sambil ditonton ratusan orang.
Dapat dilihat seorang daripada mereka cuba memotong sebuah kereta jenis Proton Exora yang melalui kawasan tersebut tetapi gagal menyebabkan dia terlanggar bahagian belakang belah kanan kereta berkenaan seterusnya hilang kawalan lalu merempuh pelumba lain.
Rempuhan tersebut menyebabkan kesemua pelumba haram berkenaan terbabas dan terseret di atas jalan raya sejauh kira-kira 100 meter dan percikan api dapat dilihat jelas dalam video.
Berdasarkan komen netizen, kejadian tersebut dilaporkan baru sahaja berlaku namun tidak dinyatakan dengan jelas waktu sebenar.
Semoga apa yang terjadi ini dijadikan sebagai iktibar, jangan bila ada melibatkan kehilangan nyawa baru nak menyesal.. dah tak berguna.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor