Shah Alam - Pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) sedang mengesan mahasiswa Shahir Rahimi yang dilaporkan diserang di kampus universiti itu baru-baru ini.
Shahir yang merupakan Presiden Gerakan Mahasiswa UKM dikatakan diserang sewaktu bertugas menjaga poster-poster kempen pilihan raya di dalam kampus bagi memastikan ianya tidak disabotaj.
Mahasiswa tersebut mengalami kecederaan ringan akibat serangan tersebut.
Pegawai Pusat Komunikasi Korporat UKM, Radzuan Ghazali ketika dihubungi Sinar Online berkata, mahasiswa tersebut dilaporkan telah dibenar keluar dari hospital.
“Pihak Hal Ehwal Pelajar UKM masih mencari pelajar berkenaan untuk mengetahui perkara sebenarnya,” kata pegawai.
Shahir dikatakan mengalami kecederaan akibat dikelar sebelum disimbah cat pewarna pada Isnin lalu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor