Pages

Monday, September 14, 2015

TRAGEDI MAKKAH: TH SAHKAN LIMA KORBAN


Tabung Haji


Shah Alam – Lembaga Tabung Haji mengesahkan seorang lagi jemaah haji Malaysia menjadi korban tragedi kren tumbang, menjadikan jumlah keseluruhan yang mangsa yang terlibat seramai enam orang.

Menerusi sebuah kenyataan hari ini, TH mengesahkan bahawa lima daripada yang terlibat terkorban, manakal seorang lagi mangsa yang terlibat disahkan selamat.

“Jenazah terbaharu yang dikenalpasti oleh waris beliau di Tanah Suci. Beliau adalah Zainun Taha yang berumur 69 tahun dan berasal dari Ampang,” katanya.

“Dalam pada itu TH turut melahirkan simpati ke atas keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

“Kami semua amat berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah. Kami juga mengambil kesempatan ini menasihati mereka untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh ketiga-tiga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya lagi.

Insiden tersebut yang berlaku sekitar jam 4.30 petang (waktu tempatan) telah mengorbankan sekurang-kurangnya 107 yang lain dan turut mencederakan ratusan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor