Biasanya kita akan berasa tidak selesa jika tidak mandi seharian. Tetapi tidak buat jurutera kimia lulusan Institut Teknologi Massachusetts, Dave Whitlock, yang tidak pernah mandi sejak 12 tahun lalu dengan alasan mahu memelihara bakteria pada kulitnya.
Sebaliknya, Whitlock menyembur kulitnya dengan Mother Dirt, sejenis cecair yang mengandungi bakteria hidup sebanyak dua kali sehari, dijual oleh syarikat yang turut diasaskannya, AOBiome.
“Saya tidak mandi sejak lebih 12 tahun lalu. Tiada siapa pernah melakukan ujian klinikal ke atas orang yang mandi setiap hari. Jadi, bagaimana ia boleh dikatakan amalan yang sihat?,” katanya yang juga mahu berbilion manusia menggunakan semburan itu.
Kadang kala, Whitlock tetap menggunakan span untuk membersihkan kotoran pada kulitnya walaupun dia tidak mandi.
Difahamkan, saintis ini mendapat idea tentang bakteria baik ketika seorang kawan perempuannya bertanya mengapa kuda gemar berguling di atas tanah ketika musim panas.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor