Sebuah keluarga terpaksa menghabiskan hari-hari terakhir percutian mereka dengan tidur di pantai berdekatan dengan hotel yang didiami mereka di Sepanyol.
Annmarie Alders mendakwa pihak hotel sengaja menghalau mereka.
Menurut Annmarie Alders, 40, dia, suami, Steve Cawley, 43, dan dua anak lelaki mereka, Kayne dan Calum telah dihalau oleh pihak pengurusan Hotel Folias selepas dua hari menetap di situ.
Mereka dihalau kerana dikatakan mengganggu ketenteraman penghuni hotel yang lain.
Alders mendakwa pihak hotel telah menyimpan beg pakaian, wang serta pasport mereka sehingga menyebabkan mereka terpaksa ‘merempat’ di pantai berdekatan.
“Saya bangun pada pagi hari jadi ke-40 saya di tepi pantai, ia sangat teruk. Saya sejuk dan tertekan, tidak mempunyai wang serta tiada arah tujuan,” katanya.
Menurut pengurus hotel, Elena Quintana, keluarga itu mendatangkan masalah kepada mereka kerana sering membuat bising dan mabuk di kolam renang sehingga jam 3 pagi.
“Kami mendapat banyak aduan mengenai perlakuan mereka yang menggangu pelanggan kami yang lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor