Shah Alam - Umno beri surat tunjuk sebab kepada Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah selepas hadir pelancaran Pakatan Harapan semalam.
Ia disahkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang turut memaklumkan dihantar petang ini dan Saifuddin mempunyai 14 hari untuk memberi maklum balas terhadap surat berkenaan, lapor sebuah portal.
"Kami sudah hantar surat (tunjuk sebab) untuk bertanya kepadanya kenapa dia menghadiri program pembangkang dan dia mesti memberikan jawapan dalam tempoh 14 hari.
"Jika dia tidak berbuat demikian, dia akan dibawa ke Lembaga Disiplin yang akan memutuskan tindakan selanjutnya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor