Pages

Wednesday, September 9, 2015

[ROMPIN] ROYAL PAHANG INTERNATIONAL BILLFISH CHALLANGE 2015



Royal Pahang International Billfish Challange adalah acara memancing tahunan yang dijalankan di laut sekitar Rompin Pahang. Pertandingan ini disertai oleh pemancing-pemancing diperingkat antarabangsa bagi mendapatkan ikan layaran yang hanya hadir di laut China Selatan pada bulan September sahaja.

Konsep pertandingan adalah secara 'catch and release'. Pemancing yang mendapat ikan-ikan berkenaan akan mendaratkan hasil tangkapannya ke bot yang dinaiki, menimbang berat ikan tersebut serta mengambil beberapa foto sebagai bukti dan kenangan-kenangan sebelum melepaskannya semula le laut.

Pada tahun ini pertandingan akan diadakan bermula Jumaat 11hb September dan berakhir pada 13hb September nanti dan bertempat di Rompin, Pahang.

Acara tahunan ini dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia, Pahang dengan sokongan dan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang serta beberapa agensi-agensi dan syarikat-syarikat berkenaan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor