Pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh
YB Dato' Hassan Ariffin, Ahli Parlimen Rompin
- foto ikhsan Tourism Malaysia
Royal Pahang Billfish International Challange 2015 telah diadakan di perairan laut Kuala Rompin dari 11-13 September lalu.
Ini adalah kali ke-11 acara memancing ikan layaran peringkat antarabangsa itu diadakan dengan penyertaan sebanyak 34 pasukan yang melibatkan seramai 102 orang peserta dari pelbagai negara.
Malaysia diwakili 5 pasukan, sementara Australia - 1, China - 5, Singapura - 5, Jepun - 1, Filipina - 8 dan sebanyak 9 buah pasukan campuran.
Pertandingan memancing tangkap dan lepas ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM50,000.00.
Pasukan 'XZOGA' yang menjadi juara merekodkan hasil tangkapan sebanyak 24 ekor sementara pasukan 'Gawas' yang memenangi tempat ke-2 membuat 23 tangkapan diikuti oleh tempat ke-3 pasukan 'Penn Conflict' dengan 18 tangkapan.
Tangkapan keseluruhan adalah sebanyak 310 ekor dan kesemua pasukan dapat menangkap ikan berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor