Pages

Saturday, September 12, 2015

RENUNG MATAHARI UNTUK KURUS


Renung matahari untuk kurus


Hong Kong - Sekumpulan wanita di Hong Kong percaya amalan merenung matahari untuk satu tempoh tertentu mampu untuk menurunkan berat badan. 

Wanita dalam lingkungan 20an dilihat tiba di pantai di Perkampungan Sam Ka pada awal pagi dan di sebelah tengahari.

Berdasarkan pemerhatian, sekumpulan wanita berkenaan dilihat menanggalkan kasut, mengenakan kaca mata hitam, membuat tetapan masa dan kemudian merenung matahari.

Memetik laporan Oreintal Daily, mereka percaya, dengan merenung matahari berat badan dapat dikurangkan dengan menyerap tenaga solar dan mengantikannya kalori sebenar yang kebiasaanya diperolehi dari makanan.

Mereka turut percaya dengan merenung ke dalam matahari dalam tempoh yang lama, keinginan untuk makan turut akan berkurang. 

Salah seorang pengamal diet itu berkata, amalan ini adalah penganti untuk makan dan ada di antara yang telah menghabiskan terapi matahari ini kini kurang makan malah ada antaranya tidak makan langsung.

Ternyata amalam diet sebegini bukanlah sesuatu yang baru dan ada yang mengatakan amalam ini pernah dipratikkan beberapa ribu tahun lalu.

Menurut The Independent, pada abad ke-20 amalan tersebut dipopularkan semula oleh William Horatio Bates sebagai satu bentuk terapi alternatif.

Walau bagaimanapun, teori bahawa merenung matahari boleh mengurangkan selera makan adalah idea baru.

Menurut dokumentari yang diterbitkan 2011 yang bertajuk "Eat The Sun," untuk permulaan, pengamal terapi ini harus merenung matahari selama 10 saat.

Selepas itu mereka perlu menambah 10 saat setiap hari sehingga selepas sembilan bulan mereka merenung matahari selama 44 minit setiap hari.

Walaubagaimanapun, doktor memberi amaran bahawa ini amalan terapi ini adalah bukan idea yang baik.

Penurunan berat badan boleh mendapatkan melalui diet mudah, bersenam.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor