Shah Alam - Calon Pro-Aspirasi mendominasi kemenangan pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus Bangi yang berlangsung, Selasa lalu.
Pusat Komunikasi UKM dalam kenyataannya berkata, calon Pro-Aspirasi menang 26 daripada keseluruhan 31 kerusi yang dipertandingkan dan baki lima kerusi dimenangi calon Gabungan Mahasiswa, lapor sebuah portal.
“Daripada 10 kerusi umum yang dipertandingkan, sembilan daripadanya dimenangi Pro-Aspirasi manakala satu lagi dimenangi Gabungan Mahasiswa.
“Bagi 21 kerusi fakulti pula, Pro-Aspirasi berjaya memenangi sebanyak 17 kerusi manakala Pro Mahasiswa memperoleh 4 kerusi,” katanya.
Menurut kenyataan itu, dalam pemilihan MPP kali ini juga menyaksikan hanya satu kerusi dimenangi tanpa bertanding oleh Pro-Aspirasi, iaitu kerusi bagi Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.
“Proses pengundian berjalan lancar bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang semalam sebelum pengiraan dibuat dan keputusan penuh diumumkan pada pukul 12.40 pagi.
“Keseluruhan pelajar di kampus UKM Bangi adalah kira-kira seramai 12,000 pelajar,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor