Johor Bahru: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari Istana Bukit Serene, sebentar tadi selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, kira-kira satu jam.
Najib meninggalkan istana dan keluar menerusi pintu Gerbang Mahkota kira-kira jam 12.30 tengah hari menaiki kenderaan rasminya bersama beberapa lagi kenderaan pengiring.
BH dimaklumkan selepas pertemuan itu, Najib dan Sultan Ibrahim dijadualkan menghadiri satu majlis tertutup di Country Garden di sini yang turut dihadiri tetamu kehormat berpangkat Gabenor dari China.
Najib turut dijadualkan menghadiri majlis perasmian bangunan UMNO Muar, petang ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor