Pages

Saturday, September 5, 2015

PENGANALISIS: HALA TUJU POLITIK PAS KIAN KABUR


Pas



Shah Alam - ‎ Penganalisis politik berpandangan berdasarkan penilian masa hadapan parti politik di Malaysia, parti Pas lah yang dilihat kian 'hilang arah' kerana hala tuju politik parti itu dilihat kian kabur.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) , Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani ‎berkata, ini berdasarkan tiga analisis komprehensif yang 'ditinjau' oleh beliau.

"Pas tidak jelas dari segi hala tuju politik. Dilihat semakin rapat dengan Umno.

"Dalam pada itu Pas dilihat terlalu kolot. Meminggirkan fahaman progresif. Hanya ada dominasi golongan konservatif agama. Tidak galakkan perdebatan dan kepelbagaian pandangan," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sementara itu, Mohd Azizuddin ‎berkata isu bai'ah dan hudud turut menjadi faktor.

"Obsesi ke atas isu hudud. Menolak DAP menyebabkan dipinggir bukan Islam.

"Dan isu bai'ah talak tiga menjejaskan Pas menyebabkan orang Islam mula semakin menolak Pas," katanya.

Sementara itu menurut Pensyarah Sains Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohamad Agus Yusof ketika ditanya perihal ini, Agus mengakui prestasi Pas kian merosot.

‎"Pas merosot teruk," katanya ringkas kepada Sinar Online.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor