Rasanya semua pernah berhadapan dengan situasi ‘system offline’ atau talian komputer tergendala ketika berurusan dengan jabatan kerajaan atau pihak bank.
Tapi, tidak sangka pula kami ada individu yang tidak amanah menjadi alasan itu dalam mengaut rezeki haram lagi terkutuk iaitu dengan cara meminta rasuah.
Perkara itu didedahkan oleh seorang pelanggan menerusi satu laman Facebook mendakwa ditipu oleh seorang pegawai imigresen hari ini ketika hendak melakukan urusan pembaharuan passport.
Lebih mengejutkan, pegawai imigresen itu merupakan seorang wanita yang bertudung litup.
Menurut mangsa, kejadian itu berlaku di Pejabat Imigresen Cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
“Siapa pernah renew passport last minute kemudian kena tipu dengan pegawai ini kata‘system offline’ then kau yg terdesak ni dia suruh kasi duit lebih (rasuah) untuk dapatkan passport?? Ioll dah kena harini.. Yeahh sangat..
“By the way nak inform jangan buat passport last minute kat sg rampai wangsa maju.. Ada seorang pegawai perempuan pakai tudung muka tak segan minta rasuah.. Mula-mula redha je tapi tak jadi nak halalkan bila dapat tau system tak offline dan orang lain dapat macam biasa je after 1 jam..
“Macam mana lahai Malaysia nak maju.. Nak jadikan cerita phone mati nak ambil gambar dan tak sempat nak check nama..,” ujarnya bengang.
Alahai, kes sebegini sepatutnya tidak berlaku dan moga pihak berkuasa juga memandang serius dalam menyiasat kes ini.
Tak ada bezanya antara pegawai litup dengan pemberi rasuah. Lagi teruk si pemberi sebab menyebarkan di ruang sosial. Tambah teruk lagi pernah redha dan menghalal rasuah pada awalnya. Jadi jangan nak komplen kalau diri sendiri yang beri rasuah.
ReplyDeleteAlahai macammana Malaysia nak maju kalau pemberi rasuah giat beri rasuah lepas tu siar di media sosial lepas tu komplen perasan diri tu bagus.
Jangan nak mengadalah. Dia yang buat LAST Minute. Sudah tentu dia tahu pemberian Rasuah itu ada faedah sebab nak cepat dapat passport.