Pasir Puteh - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mendapatkan maklumat terperinci daripada Pas Kelantan berhubung tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang mengumumkan menyertai PKR semalam.
"Kita akan mendapatkan makulmat daripada Pas Kelantan terlebih dahulu mengenai perkara itu, yang pasti perjuangan Pas dalam menegakkan Islam tidak terjejas," katanya.
Menurutnya, wakil rakyat Pas yang yakin dengan bai'ah yang dibuat tidak akan bertindak sedemikian.
Pas katanya, tetap berpendirian untuk tidak 'mencuri' ahli parti lain melainkan ahli itu bertindak keluar dari partinya.
"Kita tak akan curi ahli, calon atau wakil rakyat dari parti lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada program Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh di sini, semalam.
Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Parti Pekerja Malaysia Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah mengenai kemungkinan beberapa wakil rakyat Pas menyertai parti itu, Abdul Hadi berkata, itu hanya dakwaan.
Sementara itu dalam amanatnya, Abdul Hadi menegaskan satu pemimpin 'dicuri' akan digantikan dengan banyak tunas baharu.
"Satu ranting patah, banyak tunas baharu akan tumbuh, Pas tidak mati dan cahaya perjuangan Islam tidak mudah untuk dipadamkan.
"Walaupun dihalang menegakkan Islam oleh lawan dan kawan, Pas tetap dengan pendirian tersebut, Pas mahu ke Putrajaya dengan membawa Islam," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor