Pages

Friday, September 18, 2015

LELAKI ARAB MENGAMUK, GANGGU SOLAT JUMAAT MASJID NEGARA




Kuala Lumpur : Solat Jumaat di Masjid Negara, di sini, sebentar tadi terhenti seketika apabila serang lelaki, dipercayai bangsa Arab tiba-tiba mengamuk. 

Kejadian ketika Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sedang membacakan surah pada rakaat pertama, apabila lelaki itu datang ke hadapan dan menolaknya, seolah-olah mahu menjadi imam. 

Melihat Mohd Zuhairee meneruskan bacaan, lelaki itu menamparnya sebelum pasukan keselamatan tampil mengheret lelaki itu keluar daripada ruang solat utama. 

Ketika pergelutan itu, wartawan yang berada di lokasi mendengar lelaki itu menjerit dalam bahasa Arab, antaranya bermaksud 'Malaysia syaitan'. 

Mohd Zuhairee kemudian meminta makmum mengulangi solat yang diimamkannya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor