Sebelum ini, lebih 500 troli di pasar raya Tesco Plentong, Johor Baharu terpaksa disamak ekoran seekor anjing yang dibawa dua wanita ketika membeli belah di sana telah membuang air dalam troli.
Kini perbuatan membawa anjing dalam troli dirakam berlaku lagi, kali ini di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perkongsian daripada Friends of PDRM di laman Facebook memaparkan dua wanita warga emas meletakkan haiwan peliharaannya di dalam troli sedangkan kawasan tersebut merupakan kawasan larangan membawa binatang peliharaan.
Kejadian itu mengundang kecaman netizen yang berasakan tindakan itu memaparkan sikap tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.
Seperti mana komen yang diberikan oleh Soh Wei Mei, kami amat tertarik dengan pendapat jujurnya:
“Boleh tak jangan sia-sia kan otak itu.. Biar berfungsi sikit otak itu! Ini Malaysia bukan US (Amerika Syarikat), UK (British) atau China! Penduduk Malaysia majoriti orang Islam. Saling hormat-menghormati la mak cik. Jangan buat malu Cina lagi… Jangan nak bagi bangsa lain salah anggap dengan Cina!!!” katanya.
Tidak ketinggalan juga buat saudara Ivan Chow yang dilihat amat marah mengenai isu ini.
“Suruh beli sahaja troli itu atau cuci troli itu bersih-bersih sebelum letak balik tempat asal. Memalukan bangsa Cina… Lain kali sepatutnya bagi saman kepada mereka yang bawa haiwan peliharaan ke pasar raya atau lapangan terbang,” bidasnya.
Apakah isu membawa anjing ke bangunan awam ini perlu dimasukkan dalam silibus pendidikan moral atau dijadikan subjek iklan di kaca TV, baru perkara asas macam ini boleh difahami puak yang berkenaan?
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor