Pages

Friday, September 11, 2015

[KUANTAN] KES CULIK, JUAL ORGAN DI PAHANG PALSU


Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani


Khabar angin yang tersebar melalui laman sosial berhubung kejadian penculikan dan penjualan organ di Kuantan serta Pahang umumnya adalah tidak benar.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani berkata, berita yang tersebar itu palsu memandangkan pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung perkara itu setakat ini di Pahang.

Menurutnya, orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya terhadap penyebaran berita sebaliknya memastikan kesahihannya maklumat itu terlebih dahulu sebelum dikongsikan kepada pihak ketika melalui media sosial.

“Penyalahgunaan media sosial atau mana-mana medium komunikasi bagi tujuan menyebarkan berita palsu adalah perbuatan tidak bermoral dan boleh menimbulkan kegusaran masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sharifuddin berkata, penyebaran berita palsu melalui internet atau telefon bimbit adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika sabit kesalahan, individu terlibat berdepan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor