Pages

Thursday, September 10, 2015

[KUANTAN] EMPAT INDIVIDU DICEKUP


dadah


Empat individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah secara kecilan diberkas berikutan penemuan sejumlah bahan terlarang itu dalam milikan masing-masing di sini, kelmarin.

Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek berusia 26 hingga 40 tahun itu turut mendapati kesemua mereka positif dadah jenis amphatemine dan morfin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki warga tempatan hasil serbuan polis ke atas sebuah rumah di Bukit Goh dekat sini.

Menurutnya, dalam serbuan sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kuantan dan Pondok Polis Bukit Goh kira-kira jam 10 pagi itu, polis menemui dan merampas satu kotak mengandungi keratan penyedut minuman berisi tiga biji pil dan enam paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan jernih disyaki dadah.

Abdul Aziz berkata, dalam kejadian berasingan, pihaknya berjaya memberkas satu pasangan hasil serbuan ke atas sebuah rumah di kawasan sama.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pihaknya melakukan serbuan ke atas kediaman tersebut kira-kira jam 12 tengah hari dan menahan kedua-dua suspek yang berada dalam bilik berasingan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Sementara itu, nasib sama dilalui seorang lelaki berusia 40 tahun apabila dia turut ditahan ekoran penemuan tiga keratan penyedut minuman dan satu plastik jernih berisi serbuk putih disyaki dadah dalam beg pinggang dipakai ketika berada di hadapan sebuah rumah di Lepar Utara 1 dekat sini.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor