Pages

Monday, September 21, 2015

KHALID: SAYA TERIMA DIPECAT, TAPI...


Abdul Khalid


Shah Alam - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau menerima keputusan PKR 'membuangnya' kerana tidak sehaluan lagi sebagai 'political correctness' namun beliau akan 'kisah' sekiranya integritinya dipersoalkan.

Menurutnya, 'political correctness' itu di bawah paras integriti yang disifatkannya lebih penting untuknya.

"(Dibuang parti) Itulah 'political correctness'. Saya terima semua itu. Untuk jatuhkan satu sama lain...tak payah politik pun tak apa.

"Integriti lebih tinggi dari 'political correctness'. Orang buang saya, saya terimalah. Kalau orang persoalkan 'political correctness', saya tak kisah tapi kalau orang persoalkan integriti saya, saya sangat jaga," katanya pada Forum Diskusi Politik 3.0 : Integriti Dan Kenegaraan, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Abdul Khalid dipecat dari parti sebelum diguling dari kedudukannya sebagai menteri besar.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu sanggup turun naik mahkahamah demi memperjuangkan integritinya yang dipersoal.

"Orang tanya saya kenapa sampai nak ke mahkamah semua. Itu (intergriti) saya jaga sebab itu adalah integriti saya.

"Kenapa politik kita tak tenteram? Sebab kita tak perjuangan integriti. Kita perjuangan 'political correctness'. Sebab itu Islam galak kita buat yang betul. Sangat jelas," katanya.

Menurutnya, sudah tiba masa untuk pemimpin berjiwa lebih besar daripada hanya bercakap tentang politik.

"Perjuanga kita, jihad kita tertumpu kepada integriti. Apa yang kita buat untu kebaikan ummah.

"Saya terangkan sudah tiba masa untuk berjiwa lebih besar daripada cakap politik saja. Kalau cakap pasal politik saja, habislah kita," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor