
Zhytomyr Oblast - Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kemaluannya putus digigit oleh seekor kuda, minggu lepas.
Menurut laporan Metro.co.uk, kanak-kanak berumur enam tahun berkenaan sedang menunggang basikal melepasi kuda tersebut sebelum kejadian.
Menurut ayah kanak-kanak tersebut yang enggan dikenali, anaknya menjerit selepas diserang dan beliau menjumpai anggota badan yang putus digigit haiwan tersebut.
"Saya meletakkan tangan saya ke tempat luka untuk menghentikan pendarahan," katanya kepada wartawan.
Kanak-kanak tersebut kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan kecemasan.
Walaupun kemaluan kanak-kanak tersebut berjaya disambungkan, doktor menyifatkan kejadian tersebut sebagai sangat luar biasa.
"Ada kes yang sukar pada masa lalu, contohnya putus jari akibat digigit kuda, tetapi kejadian kali ini memang luar biasa," kata doktor, Igor Vishpinsky.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor