Alor Gajah: Dua rakan terpaksa membatalkan hasrat ke ladang getah selepas terserempak dua buaya putih sepanjang kira-kira tiga meter di tebing sungai di Kampung Sungai Jernih, Lubok Cina, semalam.
Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu menyebabkan Zulkifli Md Yunus, 51, dan seorang rakan dikenali sebagai Mamat, 50, berpatah balik ke rumah selepas dikejutkan dengan reptilia itu yang menuju ke tebing.
Difahamkan, buaya putih itu dipercayai dari Sungai Rembau dan tersesat ke kawasan kampung terbabit ketika air sungai naik selepas hujan lebat sebelum ditemui dua sahabat itu.
Zulkifli yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Siput berkata, dia belum pernah melihat buaya mendarat dan berjemur di tebing sungai berhampiran ladang getah itu.
Menurutnya, buaya yang ditemui agak pelik berbanding buaya di sungai berkenaan yang selama ini ditemui berwarna kelabu atau gelap.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor