Pages

Sunday, September 27, 2015

JANGAN POLITIKAN TRAGEDI REMPUHAN DI MINA


rempuhan Mina


Makkah - Imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh al-Talib menyelar tindakan beberapa pihak yang mengaitkan tragedi rempuhan Mina dengan politik.

Sheikh Saleh semasa menyampaikan khutbah Jumaat kelmarin berkata, Arab Saudi masih mampu menangani dan menguruskan urusan haji dengan berkesan.

"Kerajaan ada semua sumber dan keupayaan uruskan jemaah haji selama beberapa dekad.

"Dan insiden rempuhan ini tidak sesekali menjejaskan kedudukan Saudi," katanya.

Pada masa sama, Sheikh Saleh mendesak pihak berkuasa Saudi untuk memastikan insiden tersebut tidak berulang dan bertanggungjawab atas kecuaian mereka.

Beliau juga mahu jemaah haji mematuhi segala peraturan bagi membolehkan mereka melaksanakan ibadah dalam keadaan selesa dan selamat.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor