Gua Musang - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Gua Musang telah mengenal beberapa gua batu kapur di daerah ini sering dijadikan sebagai tempat menghisap dadah.
Pegawai AADK Gua Musang Mohd Asri Jaafar berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Skuad 1Malaysia dan Kelab Sukan dan Kecergasan 1Malaysia di daerah berkenaan untuk melakukan serbuan.
"Kami mengenal pasti beberapa gua batu kapur yang sering menjadi tumpuan mat gian dan serbuan akan dilakukan setiap masa," katanya ketika berucap pada pelancaran Program My Beautiful Malaysia di Gua Batu Kapur Pintu Gerbang di sini, hari ini.
Pada majlis itu, sebanyak 60 anggota sukarela daripada kedua-dua NGO berkenaan turut diberi taklimat mengenai cara serbuan dan tindakan yang perlu diambil jika berlaku kejadian tidak diingini.
Beliau berharap lebih banyak NGO tampil untuk membantu AADK dan menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi membendung aktiviti tidak sihat itu dalam usaha mencapai sifar penagihan dadah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor