Pages

Wednesday, September 9, 2015

GIGIT HIDUNG ISTERI KERANA TAK JAWAB TELEFON


Gigit hidung isteri kerana tak jawab telefon


Shandong - Seorang lelaki bertindak kejam dengan mengigit serta memakan hidung isterinya hanya kerana wanita itu tidak menjawab panggilan telefonnya.

Lelaki yang identitinya tidak dikenali itu sering bertengkar dan pasangan itu tinggal secara berasingan di Denhou, menurut laporan media tempatan.

Wanita itu mendakwa, suaminya itu menelefon pada awal pagi.

Dia langsung tidak menyedari panggilan telefon suaminya itu kerana keletihan selepas bekerja pada shif malam sebelum itu.

Memetik laporan chinajilin.com, lelaki itu kemudian pergi ke rumah isterinya pada keesokan hari dan belaku pertengkaran dan lelaki itu kemudiaanya bertindak mengigit hidung isterinya sehingga menyebabkan sebahagian hidung wanita itu terputus.

Wanita itu dikejarkan ke hospitan di Jinan.

Apabila doktor membuat pemeriksaan terhadap wanita itu yang hanya dikenali sebagai Yang, mereka mendapati, dia mengalami kecederaan serius dan hampir keseluruhan hidungnya termasuk tisu lembut anggota itu rosak.

Sementara itu, memetik laporan South China Morning Post, ketika ditanya kepada mangsa dimana cebisan hidungnya itu untuk disambung semula, wanita itu menjawab, suaminya itu telah memakannya.

Lelaki itu masih dalam buruan polis dan siasatan sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor