
YB Syed Hamid menyerahkan borang keahlian Parti Pekerja Malaysia
kepada Dr. Hamzah Jaafar
Pas Pahang sedang menuju ke arah kehancuran apabila mantan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang merangkap Adun Kuala Semantan, YB Syed Hamid Syed Mohamed mengambil keputusan untuk keluar dari Pas dan menyertai Parti Pekerja Malaysia semalam. Demikian lapor beberapa buah laman blog dan akhbar.
Banyak spekulasi yang timbul apabila beliau mengambil keputusan meninggalkan Pas, parti politik yang membantu beliau memenangi kerusi Adun Kuala Semantan itu. Namun antara yang sangat dipercayai adalah kerana hubungannya dengan Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas yang dikatakan tidak dalam keadaan baik sejak sekian lama.
Beliau juga dikatakan kecewa dengan tindakan Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang melantik YB Rosli Abdul Jabar sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang dan tidak beliau yang lebih senior dan itu menggambarkan seolah-olah karier politiknya cuba disekat.
YB Syed Hamid mengadakan sidang medianya semalam seterusnya menyerahkan borang keahlian Parti Pekerja Malaysia kepada Pengerusi Parti Pekerja Malaysia Negeri Pahang, Dr. Hamzah Jaafar yang juga bekas ahli Pas dan bekas calon Ahli Parlimen Kawasan Jerantut.
Beliau juga merupakan waris terdekat Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang telah meninggalkan Pas berikutan kegagalannya memenangi kerusi Parlimen Jerantut setelah 2 kali kalah dalam Pilihan Raya Umum.
Kisah 2 individu diatas jelas menunjukkan bahawa pemimpin Pas juga tidak berjuang dengan ikhlas untuk parti, bahkan perjuangan peribadilah yang lebih diutamakan. Berikutan dengan keluarnya 2 tokoh berkenaan dari Pas, adalah diramalkan bahawa akan lebih ramai lagi pengikut Pas akan bertindak meninggalkan parti itu sama ada menyertai parti lain atau hanya jadi penyokong bebas tanpa parti.
Banyak pihak meramalkan bahawa dalam PRU akan datang, kerusi Pas akan berkurangan dan sangat dibimbangkan sekiranya kerusi DAP akan bertambah berikutan masih terdapat pengundi yang pro Pas memberikan undian kepada calon DAP.
Editor.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor