Ramai yang kecewa dan tidak berpuashati dengan kekalahan pasukan Malaysia kepada UAE baru-baru ini. Jurulatih pasukan kebangsaan Dollah Saleh juga nyata kecewa. Berikutan dengan itu mengambil keputusan meletakkan jawatan sementara perlawanan peringkat kumpulan masih berbaki.
Presiden FAM, Tengku Abdullah juga mengumumkan akan melatakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan yang memalukan tersebut. Kalah 10-0 memang sangat memalukan, namun siapakah sebenarnya yang harus bertanggungjawab?
Apakah jurulatih? Atau Presiden FAM sahaja? Bagaimana pula dengan AJK FAM yang lainnya? Apakah mereka tidak bertanggungjawab bersama-sama dengan Presiden? Apakah kekalahan itu tidak juga kerana pemain-pemain pasukan kita sendiri? Bagaimana pula dengan Menteri Belia dan Sukan?
Jika Presiden dan Jurulatih berani mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan itu, AJK lain juga patut sama bertanggungjawab. Bahkan pemainlah yang juga perlu berani mengambil tanggungjawab penuh kerana merekalah yang berada ditengah padang dan berhadapan dengan pasukan lawan.
Menteri Belia dan Sukan patut sudah memikirkan sesuatu yang positif untuk mengatasi kemunduran negara dalam bidang sukan terutama bola sepak. Jika gagal, beliau juga patut mengambil tindakan mengundurkan diri.
Semalam berlaku rusuhan di Stadium Bukit Jalil dimana perlawanan diantara pasukan Malaysia 'Harimau Malaya' dengan Arab Saudi. Permainan terpaksa ditamatkan ketika dalam separuh masa ke dua diminit ke 88 dimana Arab Saudi sedang mendahului dengan 2-1.
Soalnya, inikah mentaliti peminat bolasepak Malaysia? Pihak berkuasa juga harus mengkaji dan menyiasat siapakah dalang disebalik rusuhan tersebut? Ramai peminat merasakan bahawa mereka menciumi ada bau-bau yang adanya seseorang dibelakang rusuhan berkenaan. Wallahualam!
Editor.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor