Pages

Wednesday, September 16, 2015

DUA DITAHAN REMPUHAN DI JALAN PETALING


Dua ditahan rempuhan di Jalan Petaling


Kuala Lumpur - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di hadapan Petaling Street di sini hari ini selepas sekumpulan peserta himpunan rakyat bersatu cuba merempuh kawalan polis. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah.

"Semasa perhimpunan, terdapat sekumpulan lelaki cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki kawasan Jalan Petaling.

"Keadaan itu menyebabkan seorang anggota polis patah jari tangan ketika cuba menghalang mereka manakala seorang lagi anggota cedera di bahagian kepala dipercayai terkena benda keras.

"Keadaan ini menyebabkan polis melepaskan semburan air untuk meredakan ketegangan," katanya kepada Bernama. 

Tajudin berkata, perhimpunan di Padang Merbok bersurai jam 6.30 petang manakala di Petaling Street jam 7.00 petang.

Katanya, perhimpunan di ibu negara itu telah melangggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan polis akan mengambil tindakan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor