Pages

Monday, September 28, 2015

BEKAS TIMBALAN MENTERI DITEMUI SELAMAT




Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan, yang dilaporkan hilang di Bukit Tunku di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam ditemui selamat. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy yang mengesahkan perkara itu berkata, Abdullah Fadzil ditemui oleh anak perempuannya di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail pada jam 7.45 malam semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. 

Terdahulu, Isterinya, Datin Seri Sharifah Shahrul Bariah Al- Yahya, 58, ketika dihubungi pada jam 10 malam, berkata suaminya disedari hilang oleh ahli keluarga pada jam 11 pagi selepas beliau didapati keluar dari rumah berkenaan. 

Ketika keluar, beliau memakai kemeja hitam, seluar senam dan kasut kulit berwarna coklat.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor