Pages

Friday, September 18, 2015

BAKAL BOS AJAK KONGSI BILIK TIDUR


Bakal bos ajak kongsi bilik tidur


Perkongsian seorang wanita di laman Facebook mengenai tindakan seorang lelaki yang didakwanya seorang bos muda yang mengajak berkongsi bilik tidur menjadi viral minggu lepas.

Menurut Nurhafizah, beliau menjalani sebuah 'temu duga' atas talian untuk jawatan 'pembantu peribadi' (PA).

Permulaannya, beliau merasa pelik kerana lelaki tersebut meminta gambarnya walaupun beliau sudah menyertakan sekali di dalam resume yang dihantar.

Melalui salinan paparan temu duga tersebut, lelaki berkenaan mula bertanya mengenai bentuk badan dan memuji-muji kecantikan wanita terbabit.

Lelaki tersebut kemudian bertanya jika wanita tersebut tidak keberatan untuk berkongsi bilik tidur jika mereka ke luar negara.

Nurhafizah yang mulai merasa tidak selesa dengan temu duga tersebut mula meminta maklumat syarikat lelaki tersebut bekerja.

"Tetapi tak berjaya sampai ke sudah. Terus saya stop dan block (sekat) nombor tersebut," kata Nurhafizah.

Katanya, beliau sememangnya mencari kerja tetapi tidak terlalu terdesak.

"Saya mungkin lurus bendul dan tak faham hint-hint (berkias) dia, mungkin juga kerana saya sedang fokus mencari kerja," katanya lagi.

Perkongsian oleh Nurhafizah nyata membuka mata sesetengah kaum wanita yang sedang dalam proses mencari pekerjaan.

"Tak jumpa pun tapi dah ajak tidur sebilik...." kata Khairun.

"Dugaan mencari kerja. Kena pada yang miang, memang tiada halal haram. Hati-hati," kata Mohamad.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor