Pages

Tuesday, September 29, 2015

AL-FATIHAH... POLIS CILIK MENINGGAL DUNIA


Al Fatihah... polis cilik meninggal dunia‎


Shah Alam - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Farish Danish Akasha yang meninggal dunia akibat kanser semalam.

"Seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham adik Faris Danish Akasha Bin Fauzi di atas kehilangan anak tercinta dan semoga sentiasa cekal dalam menghadapi dugaan mendatang," petik kenyataan dalam laman Facebook rasmi PDRM.

Sebelum ini, Farish, 9, mendapat perhatian selepas hasrat untuk menjadi seorang pegawai polis direalisasikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu program lawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Mei lalu.

Dalam program itu, Faris dipakaikan seragam polis berpangkat inspektor bersama tag nama tertera namanya dan turut dibawa menaiki kereta peronda polis.

Faris dikebumikan di Bandar Sunway, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor