
Ketua Jurulatih Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan masih meletakkan keyakinan dalam mengejar impian memburu gelaran juara Liga Super musim ini apabila bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berdepan Terengganu dalam aksi penutup tirai liga, malam ini.
Bekas pemain kebangsaan itu juga tidak mahu pemainnya mengalah biarpun sedar kelebihan memihak kepada peneraju liga setakat ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melakar kemenangan 4-1 ke atas Perak, Rabu lalu, sekali gus memaksa Pahang tergelincir ke tangga kedua liga.
“Masih ada peluang dan pastinya hanya kemenangan yang ditagih buat Pahang selain mengharapkan keajaiban,”
“Segala-galanya boleh berlaku dan saya mengharapkan pemain menjalankan tugas mereka dengan baik dan kekal fokus dalam memastikan tiga mata dalam genggaman pasukan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam pada itu Zainal Abidin memberitahu, kemungkinan terdapat satu atau dua pertukaran pemain untuk perlawanan malam ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor