Pages

Sunday, August 2, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : MEREMAJAKAN DAN BERUBAH



Banyak anak cucu bertanya pendapat Tok Awang tentang tindakan DS Najib melucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang TS Muhyiddin Yasin baru-baru ini.

Ada yang menyatakan bahawa DS Najib bertindak kejam dan tidak wajar.

Tok Awang malas nak komen banyak-banyak sebagaimana kebanyakan pengamal dimedia sosial yang kelihatan tersangat pandai malahan kelihatan merekalah yang paling pandai dan orang lain bodoh-bodoh belaka.

Apapun, hak menentukan Timbalan Perdana Menteri serta menteri-menteri kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri sendiri dengan perkenan Yang DiPertuan Agung. Jadi tidak perlulah ada pertikaian tentang itu melainkan bagi mereka yang kurang pandai dan tidak memahami tentangnya.

Sebelum ini bukankah rakyat serta ahli-ahli UMNO sendiri selalu menyuarakan tentang peremajaan UMNO untuk memberikan semangat baru bagi terus kekal relevan? Bukankah umur DS Najib masih dikira muda untuk menakhodai negara dan bukankah umur DS Zahid Hamidi lebih muda dari TS Muhyiddin Yassin untuk membantu Perdana Menteri dan memberikan nafas baru kepada parti dan kerajaan?

Atau apakah rakyat sudah dilanda sindrom mudah lupa sehingga lupakan perubahan yang telah mereka tuntut sebelum ini?

Harap-harap janganlah kita juga terlupa dan jadi lupa sebagaimana 'orang itu' yang dulu 'kununnya' pernah melabelkan orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa sehingga akhirnya beliau sendiri juga lupa kepada apa yang pernah beliau ucap.

Justeru, mengubah pemimpin yang sudah dimakan usia kepada yang lebih muda adalah wajar memandangkan faktor usia akan turut buatkan kita jadi pelupa dan cepat lupa. Sekali-sekala kalau nak pakai nasihat orang tua tu bolehlah, tapi kalau nak pakai nasihat beliau dalam memimpin negara masa kini mungkin sudah tidak sesuai kerana keadaan dan cabaran juga sudah berubah.

Masalah bagi orang yang sudah berumur mungkin adalah cepat atau mudah lupa, tapi masalah bagi golongan muda adalah selalu 'lupa diri' dan menganggap hanya merekalah yang bijak, yang pandai, yang terror dan 'kunun'nya adalah seorang pejuang juga tidak masuk akal.

Janganlah menyangka kemahiran serta kelantangan dengan penuh emoasi didalam facebook mengangkat tinggi martabat kamu kerana akal kedudukannya sentiasa lebih tinggi diatas emosi seseorang. Bak kata orang tua-tua; "Cakap berdegar-degar, najis lekat dicelah gelegar".


Tok Awang Selampit.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor