
Batu pahat – Ahli Umno termasuklah di peringkat akar umbi, diingat tidak berperanan menjadi ‘tukang viral’, dengan mempercayai cerita fitnah di media sosial dal sesuatu isu yang berlaku.
Mereka juga diingat supaya dapat menggunakan media berkenaan sebagai’platform’ terbaik untuk memperbaiki parti dengan mempertingkat penggunaan media sosial untuk memerangi berita palsu yang tersebar.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ahli Umno perlulah berperanan untuk menjadi pembela parti dan bukannya membantu menjadi ‘tukang viral’ dalam isu yang melibatkan parti.
Katanya, media sosial kini telah menjadi ‘senjata’ paling hebat yang boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan sekiranya ia tidak ditangani dengan cara yang luar biasa.
"Ternyata media sosial merupakan senjata yang boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan sekiranya tidak ditangani dengan cara yang luar biasa, kerana ia telah digunakan dengan cara yang luar biasa oleh individu tak bertanggungjawab.
"Maklumat yang disampaikan menerusi platform ini boleh dimanipulasikan sehingga mempengaruhi rakyat supaya percaya sesuatu perkara yang palsu sebagai yang benar," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Batu Pahat, hari ini.
Mohd Puad yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Pahat berkata, Umno perlulah menguasai media sosial dengan cara yang luar biasa, dengan menjawab dengan pantas dan tepat dalam isu yang menjadi fitnah kepada parti dan pemimpin.
Katanya, akibat penggunaan media sosial yang luar biasa ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini menjadi pemimpin yang 'dicederakan' seteruk-teruknya sehingga memberi kesan kepada kerajaan dan parti.
Sumber
Sumber
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor