
Sebuah video yang dirakam oleh seorang pengguna lebuh raya mengejutkan pelayar laman sosial hari ini selepas menyaksikan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu melawan arus.
"Lebuhraya Utara-Selatan... peristiwa menakutkan terjadi," kata pengguna lebuh raya yang memuatnaik video tersebut ke laman Facebook, Raymond Loh.
Difahamkan, kejadian yang berlaku semalam menunjukkan pengguna berkenaan memandu di laluan kanan sebelum terpaksa mengelak sebuah Myvi yang datang dari arah depan.
Beberapa pengguna lebuh raya yang lain juga pantas mengelak Myvi berwarna kelabu tersebut.
Raymond yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur semasa kejadian bagaimanapun tidak ditimpa sebarang masalah.
"Nasib baik tidak terjadi apa-apa," tulisnya.
Video tersebut kini sudah ditonton lebih 130,000 pelayar laman sosial.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor