
Penyanyi popular Stacy Anam, 25, hari ini mengesahkan dia sudah memeluk Islam di Pejabat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Johor Bahru kira-kira jam 10 pagi semalam.
"Saya memang tidak bersedia sebenarnya untuk berkongsi perihal ini.
"Namun kalau difikirkan, kalau makin lama saya pendam perkara ini, Stacy fikir ia akan menjadi lebih buruk.
"Ya Stacy akui bahawa saya telah memeluk Islam," katanya kepada pemberita di Pejabat Astro, Bukit Jalil hari ini.
Stacy turut mengumumkan nama Islamnya, Ummu Syaikhah Stacy binti Anam.
Terdahulu berita pengislaman Stacy tersebar di media sosial selepas seorang pengguna Instagram memuat naik sekeping gambar Stacy yang memakai tudung hitam sedang menghadap seorang wanita sambil melafaz dua kalimah syahadah.
Menurut kapsyen gambar itu, kehadiran Stacy ditemani teman lelakinya yang juga merupakan penyanyi kumpulan Akim and The Majistret, Akim Ahmad, 24.
Turut hadir pada majlis itu ialah bapa Akim, Ahmad sulaiman dan ibunya Aminah Bahari dan ibu Stacy Agnes Kallos.
Juara Akademi Fantasia musim keenam itu merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik sebelum ini merupakan penganut agama Kristian.
Stacy sudah tiga tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Akim yang berasal dari Johor.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor