Pages

Monday, August 10, 2015

RUNDINGAN PENURUNAN KUASA KEPADA KERAJAAN NEGERI BERMULA

Saying the call for secession was 'stupid talk,' Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced today that Sabah and Sarawak will be given more autonomy. – The Malaysian Insider filepic, August 10, 2015.


KUCHING 10 Ogos - Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak sudah memulakan perbincangan untuk memberi lebih 'pemerkasaan' kepada beberapa jabatan kerajaan negeri, dengan menurunkan kuasa jabatan-jabatan tertentu kerajaan pusat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia susulan arahan beliau kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa untuk mula berunding dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani mengenai perkara itu baru-baru ini.

Menurutnya hasil rundingan mengenai perkara itu kelak akan diumumkan oleh beliau sendiri dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, apabila ia dimuktamadkan.

"Banyak pertindihan (kuasa) boleh dielak, banyak sumber yang boleh diselamatkan kalau kita boleh perkemas kuasa antara (jabatan) kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Padang Merdeka di sini malam ini.

Beliau berkata inilah untungnya rakyat Sarawak kerana memiliki sebuah kerajaan negeri yang sealiran dengan kerajaan pusat, kerana banyak lagi kemajuan boleh diharapkan hasil keakraban ini.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor