Pages

Sunday, August 23, 2015

RAKYAT MUDAH PERCAYA MAKLUMAT TAK SAHIH


Nur Jazlan Mohamed


Johor Bahru - Maklumat yang tidak benar menerusi media sosial secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan di kalangan orang awam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata penggunaan media sosial telah menjadi wadah informasi yang sangat pantas namun banyak di antaranya telah direka oleh sesetengah pihak

"Malahan ada yang tidak benar sama sekali namun rakyat kelihatan sangat mudah dan cepat mempercayai maklumat yang telah disebarkan tanpa mendapatkan kesahihan terlebih dahulu.

"Ini secara tidak langsung telah menambah kebimbangan dikalangan orang awam," katanya pada Program Karnival United Against Crime di Plaza Angsana, di sini, hari ini.

Nur Jazlan mengakui menangani persepsi bukan sesuatu yang mudah.

"Ia perlu ditagani dengan baik maka ia akan memberikan imej negatif kepada kerajaan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

"Seringkali pemikiran rakyat dipesongkan oleh pihak tertentu seolah-olah kerajaan tidak serius dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan selain mengambarkan kerajaan gagal menangani perkara ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor