
Jakarta - Penduduk di Papua melaporkan terdapat kejadian pesawat terhempas namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya melibatkan pesawat Trigana Air yang dilaporkan hilang, semalam.
Menurut Reuters, Pengarah Operasi National Search and Rescue Agency (BASARNAS), memberitahu syarikat penerbangan Trigana Air mendapat laporan pesawat terhempas di kawasan hutan dan pergunungan Oksibil.
Beliau juga memberitahu bahawa pasukan pencari akan mula memeriksa kawasan berkenaan pada pagi nanti, dipetik dari portal Kompas dan Detik.
Terdahulu, sebuah pesawat milik Trigana Air IL 267 jenis ATR 42-300 berlepas dari Lapangan Terbang Sentani, Jayapura yang membawa 54 penumpang dilaporkan gagal dikesan, petang semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti berkata, pihak penyelamat yakin pesawat itu akan dapat dikesan dalam operasi SAR, yang akan disambung apabila cuaca pulih.
"Jika mahu ke Oksibil perlu melalui kawasan Pergunungan Bintang dan ketika ini, cuaca di situ sangat teruk," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor