Pages

Monday, August 17, 2015

PESAWAT GAGAL DIKESAN BAWA WANG TUNAI RM1.9J


Pesawat gagal dikesan bawa wang tunai RM1.9j


Jayapura -  Pesawat Trigana Air yang gagal dikesan semalam didakwa membawa wang sebanyak 6.5 bilion rupiah (RM1.9 juta).

Menurut laporan Kompas, wang tersebut adalah pampasan kenaikan BBM (petrol) kepada penduduk di lapan daerah di Pergunungan Bintang.

“Wang itu dihantar oleh empat pegawai pejabat Pos Jayapura," kata FX Haryono kepada wartawan.

"Wang tersebut sepatutnya dibayar bermula hari ini,” kanya lagi.

Terdahulu, sebuah pesawat milik Trigana Air IL 267 jenis ATR 42-300 berlepas dari Lapangan Terbang Sentani, Jayapura dilaporkan gagal dikesan, petang semalam.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Julius Barata, menyatakan tiada petunjuk bahawa juruterbang membuat panggilan kecemasan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor