Pages

Friday, August 28, 2015

MAYAT DIJUMPA DITINGGAL DI BELAKANG SEBUAH KEDAI


PDRM


Kuching - Polis menemui mayat seorang buruh lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah kedai di Pusat Komersial BDC di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Patrick Anak Jinggi, 48, dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mayat itu dibawa dan ditinggalkan oleh pemandu wanita sebuah kenderaan pacuan empat roda di situ.

Roslan berkata, hasil semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati kenderaan tersebut didaftarkan di atas nama suami pemandu kenderaan
berkenaan.

Susulan itu, katanya, serbuan telah dibuat di sebuah rumah di Stutong Baru di sini dan polis menemui kenderaan yang digunakan dan turut menahan suspek wanita berusia 35 tahun yang dipercayai pemandu kenderaan berkenaan.

“Hasil soal siasat mendapati wanita terbabit adalah kenalan si mati sejak setahun yang lalu dan mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama,” katanya.

Menurut Roslan tiada kesan kecederaan dikesan pada tubuh mangsa dan suspek akan dihadapkan ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman esok.

Roslan berkata, kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor