
Dua pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun di Negeri Sembilan berhadapan kemungkinan ke tali gantung apabila ditahan kerana memiliki sepucuk pistol.
Dilaporkan pada jam 1 pagi pada 10 Ogos lalu, sepasukan polis dari balai polis Rahang telah menahan dua pelajar terbabit di asrama Murad Foundation di Gadong Lalang Ampangan, Seremban.
Penahanan dua pelajar itu dibuat berdasarkan hasil maklumat awam.
Dalam serbuan berkenaan, pihak berkuasa menemui sepucuk pistol jenis Colt 380 Auto Mustang Pocketlite berwarna perak kehitaman dengan katrij dan beberapa butir peluru turut dirampas.
Kedua-dua pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Rahang untuk disoalsiasat dan kes disiasat mengikut Akta 379 Kanun Keseksaan.
Jika disabit kesalahan, mereka berkemungkinan akan dikenakan hukuman gantung .


No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor