Pages

Tuesday, August 11, 2015

DITIKAM HINGGA MATI DI PUSAT BELI-BELAH IKEA


Ditikam hingga mati di pusat beli-belah Ikea


Vasteras - Dua pengunjung ditikam sehingga mati dalam insiden di gedung beli-belah Ikea, tengah bandar Sweden, semalam.

Menurut Ketua Polis Vasteras, Per Agren, dua suspek berjaya ditahan dan salah seorang daripada suspek yang cedera pada mulanya dipercayai sebagai mangsa ketiga.

"Dua lelaki ditahan dan salah seorangnya lahir pada tahun 1992 dan suspek yang cedera lahir pada tahun 1979."

Memetik laporan AFP, mangsa yang maut adalah seorang wanita dan seorang lelaki akibat tikaman pisau pada serangan itu.

Polis berkata, tiada maklumat mengenai motif serangan setakat ini dan insiden ini berlaku di bahagian pameran barangan dapur gedung membeli belah berkenaan.

" Kami masih menyiasat dan apa yang dilihaT setakat ini adalah tiada sebarang hubungan di antara penyerang dan mangsa," kata Agren

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor