
GALSGOW - Seorang anggota bomba dipenjara atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan 9 tahun selepas menyelamatkannya dari kebakaran malah turut mengugut kanak-kanak itu jika melaporkan perbuatannya itu.
John McGinn, berkhidmat sebagai anggota bomba di North Lanarkhire selama 30 tahun.
Pada tahun 1994, dia ditugaskan untuk memadamkan kebakaran di rumah mangsa yang terletak di Bell Shill.
Ibu kepada mangsa dibawa ke hospital kerana mengalami masalah penafasan sementara mangsa dihantar ke rumah nenek mangsa.
John kemudiannya ke rumah mangsa dan berpura-pura untuk bermain permainan King of The Castle sebelum menarik mangsa, menekup mulut dan merogol mangsa.
Mangsa terpaksa merahsiakan perbuatan John McGinn selama dua dekad kerana bimbang dengan ugutan lelaki tersebut.
Mangsa yang kini berusia 30 tahun memberitahu mahkamah, bahawa dia bertindak untuk menghentikan perbuatan lelaki berkenaan, namun lelaki itu kemudian bertindak mengugut untuk membunuh ibunya.
Selepas mempunyai keberanian, wanita itu kemudian bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, John tidak mengaku bersalah dan mendakwa tuduhan tersebut sebagai satu penipuan dan berkata mangsa membuat tuntutan palsu untuk memeras ugutnya.
Tetapi menurut rekod, John McGinn dia telah disabitkan bersalah atas enam tuduhan rogol oleh Mahkamah Tinggi di Glasgow.
John kini disabitkan bersalah dan dipenjarakan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor