
Jakarta - Sebuah pesawat mencari dan menyelamat berjaya mengesan bangkai pesawat penumpang Indonesia yang hilang bersama 54 penumpang dan anak kapal, menurut pegawai penyelamat.
Buat masa ini, tiada laporan berhubung mangsa yang selamat dalam nahas ketika cuaca buruk di kawasan gunung di timur Papua itu.
Terdahulu, sebuah pesawat milik Trigana Air IL 267 jenis ATR 42-300 berlepas dari Lapangan Terbang Sentani, Jayapura dilaporkan gagal dikesan, petang semalam.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Julius Barata, menyatakan tiada petunjuk bahawa juruterbang membuat panggilan kecemasan.
Bangkai pesawat itu dikesan kira-kira 12 kilometer dari Oksibil dan Ketua Basarnas, Henry Bambang Soelistyo dipetik AP berkata, anggota penyelamat sedang bersiap sedia untuk ke lokasi pesawat terhempas menerusi udara dan darat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor