Pages

Thursday, August 6, 2015

ANCAMAN BAHARU AL-QAEDA


Ancaman baharu al-Qaeda


Washington - Rangkaian kumpulan militan al-Qaeda di Semenanjung Arab (Aqap), kelmarin mengeluarkan rakaman video yang menggesa anggotanya melancarkan serangan ganas di Amerika Syarikat (AS), Perancis dan beberapa negara lain.

Jurucakap Perkhidmatan pemantauan kumpulan pengganas, SITE Intelligence, memaklumkan video berdurasi selama sembilan minit itu secara terang-terangan mengutuk Washington, Paris dan negara Barat lain.

"Ia turut menyenaraikan AS sebagai negara pertama yang akan menjadi sasaran serangan terbaharu tersebut. Ancaman baharu itu didakwa dikeluarkan oleh pakar pembuat bom Aqap, Ibrahim al-Asiri," katanya.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada surat ancaman itu ditulis sendiri oleh al-Asiri.

Jun lalu, Pengarah Risikan Kebangsaan, James Clapper menyifatkan Aqap sebagai elemen al-Qaeda yang paling patut dibimbangi kerana ia dilihat sebagai ancaman terbesar kepada AS ketika sidang keselamatan di Aspen, Colorado.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor