Pages

Saturday, July 18, 2015

VOKALIS BOLEH BACA AL-QURAN DALAM MASA EMPAT BULAN


penjara


Seorang vokalis yang kini sedang menjalani hukuman penjara mampu membaca al-Quran hanya dalam tempoh empat bulan.

Perkara itu dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff yang sempat bertemu dengan penyanyi itu di Penjara Kluang tahun lalu ketika pelancaran Rumah Ngaji di sana.

“Penjara Kluang adalah tempat Rumah Ngaji pertama kita. Dia masuk di bawah sekolah tahfiz. Cuma, kita bertemu itu di majlis pelancaran Rumah Nagaji Penjara Kluang.

“Dia sendiri daripada tidak pandai mengaji, dalam masa empat bulan apabila dia di madrasah tahfiz itu, dia sudah boleh mengaji al-Quran,” katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan hasrat ‎celebriti itu untuk membuka kelas muqaddam khusus untuk selebriti setelah tamat menjalani hukuman penjara.

‎Menyentuh soal hikmah al-Quran, Marhaini berkongsi maklum balas yang diterima bahawa kitab suci itu membantu proses pemulihan banduan lebih cepat.

“Kita dapat maklum balas betapa al-Quran ini boleh menjadi solusi kepada masalah yang kita hadapi. Masa itu, hasil daripada mereka mengaji al-Quran kerana ada tahfiz juga di situ, sebelum pelancaran Rumah Ngaji itu, program pemulihan itu lebih cepat lagi.

“Dari situ, kami buka lagi banyak Rumah Ngaji iaitu 10 tempat lagi kerana kita nampak impaknya bagus,” katanya.

Beliau turut mengimbau kembali hasrat penyanyi itu dan isterinya yang mahu membuka rumah ngaji apabila dibebaskan nanti.

“Hasrat yang disampaikan kepada kami pada hari tersebut, adalah apabila keluar nanti dia dan isterinya mahu membuka Rumah Ngaji supaya lebih ramai lagi mendapat manfaat al-Quran,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi itu telah di tempatkan di Penjara Kluang sejak April 2011 bagi menjalani hukuman penjara selama lapan tahun dan berserta 10 sebatan di atas kesalahan memiliki dadah beberapa tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor