
Pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim menuntut pemainnya meneruskan aksi konsisten apabila berdepan Lions XII pada saingan Liga Super, 2 Ogos depan.
Menurut Irfan, dia menagih kudrat Indra Putra Mahyuddin dan pemain lain terus mengekalkan prestasi kerana sedar lawan cukup kebal terutamanya bermain di Stadium Jalan Besar.
“Saya harap Indra dan pemain lain dapat meningkatkan lagi prestasi lebih-lebih lagi selepas ini kami akan menentang Lions XII di Jalan Besar.
"Kita akui bukan mudah untuk beraksi di sana kerana mereka amat kebal di stadium berkenaan.
“Namun, menerusi kemenangan sebelum ini sudah pasti ianya memberikan impak positif untuk memastikan kami meraih kejayaan pada setiap perlawanan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor